Wednesday, August 11, 2010

Lagi Halaman Baru!

Assalamualaikum w.b.t

SILA RUJUK DI BAHAGIAN GALERI SEKOLAH. KLIK PADA " Frasa-Frasa Mantap" .

 Pihak Bidang Bahasa telah menubuhkan satu halaman baru khusus buat para pelajar bagi meningkatkan kemahiran penggunaan kosa kata yang luas. Hal ini demikian kerana belakangan ini para pelajar didapati kurang kemahiran menggunakan kosa kata yang lebih menarik. Oleh hal yang demikian, dengan adanya penubuhan halaman "Frasa-Frasa Mantap" ini, nescaya dapat meningkatkan kualiti karangan para pelajar.Selamat Berbahasa!

Wednesday, August 4, 2010

Halaman baru!

Assalamualaikum w.b.t
Perhatian! Memandangkan debaran percubaan PMR dan SPM makin terasa, pihak bidang bahasa akan membuat halaman baru.Halaman ini akan memuatkan link-link ke koleksi soalan-soalan percubaan. Diharapkan,para calon PMR dan SPM mampu merebut peluang keemasan ini dengan memuat turun soalan-soalan percubaan. SEMOGA BERJAYA
Sila rujuk bahagian Galeri Sekolah, dan klik pada "PMR dan SPM". Berbagai-bagai soalan daripada berbagai-bagai sumber dikumpulkan di halaman ini. 

Assalamualaikum w.b.t

Peetandingan Mengarang Esei dan Puisi Warisan

Assalamualaikum w.b.t danSalam Sejahtera.
KEPADA SEMUA PELAJAR SMK TTJ, BIDANG BAHASA SMK TTJ AMAT MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN SEMUA PELAJAR DALAM PERTANDINGAN MENGARANG ESEI DAN PUISI WARISAN
TEMA PERTANDINGAN IALAH 
 WARISAN 1 MALAYSIA.

Hadiah bagi setiap kategori: 
menengah rendah 
-(jumlah perkataan TIDAK melebihi 1000 patah kata);
dan menengah atas
-(jumlah perkataan TIDAK melebihi 2000 patah kata)
Hadiah pertama : RM 1000.00 dan hadiah untuk sekolah
Hadiah kedua :RM 750.00 dan hadiah untuk sekolah.
Hadiah ketiga :RM 500.00 dan hadiah untuk sekolah.


Ingat!! Tarikh tutup penyertaan adalah pada 
11 Ogos 2010
 
Untuk lebih maklumat sila rujuk ke laman web http://www.kpkk.gov.my/pdf/esei.pdf 
 ATAU
rujuk pada Ketua Bidang Bahasa SMK TTJ, Pn. Faridah Jaafar.

Assalamualaikum w.b.t