CARTA ORGANISASI
PANITIA BAHASA MELAYU
PENGERUSI: TUAN OMAR BIN AHMAD
NAIB PENGERUSI: EN.AKASHAH B. ISMAIL
GURU KANAN BIDANG: PN. FARIDAH BT. JAAFAR
KETUA PANITIA: PN. JARAYAH BT. JAIS
PENOLONG KETUA PANITIA: PN. ZAINIAWATI BT. ZAKARIA
SETIAUSAHA I: PN.NORIDAH BT. NOORDIN
SETIAUSAHA II: PN. AISHAWATI BT. SAAD
BENDAHARI: PN.RUPIDAH BT. IBRAHIM
PENYELARAS ULBS: PN.NORIDAH BT. NOORDIN
PENYELARAS PLBS: PN. HALIZA BT. SELAMAT & EN. YAZID B. YUSOF
AHLI-AHLI PANITIA
PN. LATIFAH BT. ABD RAHMAN
PN. SITI KHADIJAH BT. RAMLI
EN. ISMAIL B. SEMAN
EN. RAIS B. YUSOF
PN. NORLIZA B. MOHD NAZI
GURU-GURU BAHASA MELAYU
PENGENALAN
Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran asas yang menegaskan penguasaan lisan, bacaan, dan tulisan. Kesemua bidang penguasaan ini menekankan aspek Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif (KBKK).Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Malaysia, Indonesia, dan Brunei, serta salah satu bahasa rasmi di Singapura. Di Indonesia, bahasa Melayu kini dipanggil bahasa Indonesia, dan di Malaysia, bahasa Melayu juga dipanggil bahasa Malaysia. Selain daripada keempat-empat negara tersebut, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di Thailand Selatan, Filipina, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan Afrika Selatan.
Sejarah Bahasa Melayu
Sejarah Bahasa Melayu
Asal usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Bagaimanapun, istilah "Melayu" adalah sangat baru dan timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina antara tahun 644 dan 645 Masihi. Tulisan itu menyebut orang Mo-lo-yeu, tetapi letaknya kerajaan Mo-lo-yeu ini tidak dapat dipastikan: ada yang mengatakan di Semenanjung Tanah Melayu dan ada yang mengatakan di Jambi, Sumatera. Bukti konkrit yang pertama tentang bentuk dan sifat bahasa Melayu hanya terdapat sejak tahun 683, dengan terjumpanya empat buah batu bersurat:
1. di Kedukan Bukit, Palembang, pada 683 Masihi
2. di Talang Tuwo, Palembang, pada 684 Masihi
3. di Kota Kapur, Pulau Bangka, pada 686 Masihi
4. di Karang Brahi, Meringin, daerah hulu Jambi pada 686 Masihi.
Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.
[sunting] Bahasa Melayu berasal dari Asia Tengah.
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangannya boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting:
- Zaman kerajaan Melaka
- Zaman kerajaab Acheh
- Zaman kerajaan Johor-Riau
Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
- ayat: panjang, berulang, berbelit-belit.
- banyak ayat pasif
- menggunakan bahasa istana
- kosa kata klasik: ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
- banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat): sebermula, alkisah, hatta, adapun.
- ayat songsang
- banyak menggunakan partikel ``pun'' dan `'lah''
Bahasa Melayu Moden
Bermula pada abad ke-19. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan Beritish, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
RASIONAL
RASIONAL
Berhasrat memanifestasikan rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat,membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian serta sebagai sokongan untuk memantapkan penguasaan Bahasa Melayu.
MATLAMAT
MATLAMAT
Melahirkan individu dengan berketrampilan berbahasa yag mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat dan membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehdupan harian serta sebagai sokongan untuk memantapkan penguasaan bahasa murid.
Memberi kesedaran kepada guru dan murid bahawa Bahasa Melayu bukan hanya mata pelajaran yang melibatkan lisan, bacaan,tulisan tetapi menuju ke arah membentuk pemkiran kreatif seperti yang digambarkan dalam konse KBKK.
Memberi kesedaran kepada semua pihak yang terlibat tentang kepentingan Bahasa Melayu dalam persekolahan dan kehidupan seharian.
Bahasa Jiwa Bangsa,sesungguhnya bahasa yang indah,halus ,berseni dan berkias merupakan kunci kepada kejayaan dan kecemerlangan sesuatu bangsa.
Bahasa Jiwa Bangsa,sesungguhnya bahasa yang indah,halus ,berseni dan berkias merupakan kunci kepada kejayaan dan kecemerlangan sesuatu bangsa.
Marilah Kita Memartabatkan Bahasa Melayu
``Bermula adalah sebesar-besar hairan dalam hatiku sebab melihatkan adat orang-orang kita Melayu itu, yang tiada diperbuat oleh bangsa yang lain-lain dalam dunia ini diperbuatnya!
``Adakah segala manusia dalam dunia ini membuangkan bahasanya sendiri, tiada bertempat belajar bahasanya itu, melainkan yang kulihat orang Melayulah yang tiada mengendahkan...
``Bermula adalah yang kudengar beberapa bangsa di dalam dunia ini menjadi besar dan pandai sebab mereka itu pandai membaca surat dan menyurat dan mengerti bahasanya serta memeliharakan bahasanya, iaitu daripada bangsa Arab atau bangsa orang putih, baik daripada Cina atau Hindu, maka sekelian mereka sentiasa memeliharakan dan memuliakan bahasanya.
``Maka makin sehari makinlah diluaskannya dan ditambahinya dan dibaikinya dan dihaluskannya sampailah zaman ini, kerana sesungguhnya bahasa itulah menjadikan manusia itu berakal dan menambah kepandaian dan ilmunya dan boleh menjalankan segala pekerjaannya dan boleh membaiki akan dirinya sendiri dan boleh pula mengajar akan orang lain.
``Maka dengan dia itulah sahaja dijadikan Allah yang dapat mengeluarkan barang suatu rahsia dalam hati manusia.
``Syahadan dapat tiada kalau ada suatu bangsa yang besar itu maka bahasanya pun besarlah, kerana sekelian perkara yang ada dalam dunia dan akhirat itu semuanya terbit daripadanyalah, menjalankan pekerjaan dan memberi nama tiap-tiap suatu itu dengan bahasa dan mencari kehidupan itu pun dengan bahasa dan mendatangkan beberapa kekayaan dan kemuliaan.
``Kebesaran bagi manusia itu pun daripada bahasa datangnya.
``Maka bahasa itulah yang besar gunanya bagi manusia ini dunia akhirat. Maka patutkah iaitu tiada engkau endahkan.''
--- Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi ---