Biodata Sekolah


SEK. MEN. KEB.TAMAN TUANKU JA'AFAR


LENCANA SEKOLAH
Lencana sekolah ini telah dicipta oleh guru-guru perintis Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Ja'afar dengan bantuan Encik Abdul Hadi b. Mohd Yunus. Lencana ini bercogan kata 'Bimbing, Didik, Cemerlang'. Pada lencana sekolah terdapat dua tonggak yang bersilang dan menjulang menuju ke atas melambangkan kerjasama serta perpaduan rakyat ke arah satu matlamat tanpa mengira keturunan, kaum, agama dan latar belakang budaya, ke arah memajukan bangsa Malaysia menuju kecemerlangan dan kesejahteraan.
Tonggak juga melambangkan perisai yang menjadi benteng untuk ketahanan diri daripada gejala negatif yang akan digunakan selaras dengan arus pemodenan. Cakerawala dan bumi melambangkan globalisasi dalam meneroka khazanah ilmu pengetahuan serta melambangkan keazaman untuk menerokainya. Cakerawala dan bumi juga melambangkan keazaman sekolah dan penghuninya yang berganding bahu tanpa mengira keturunan, kaum, agama dan latar belakang budaya untuk bersama-sama menjadi perintis.

Warna Kuning  - Melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara Malaysia.


Warna Merah  - Melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang     tercinta.


Warna Putih  - Melambangkan keikhlasan serta kesucian yang perlu dipelihara untuk mengekalkan keharmonian dan kedaulatan negara Malaysia.


 Warna Biru  --Melambangkan perpaduan rakyat tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang, bersama-sama menuju kecemerlangan.

FALSAFAH SEKOLAH
Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh mencapai kemajuan serta mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan pelajarnya.

WAWASAN SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tuanku Ja'afar akan berusaha menjadi sekolah yang cemerlang dalam semua aspek bidang pendidikan untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelajar, masyarakat, agama dan negara.

MOTO
Bimbing Didik Cemerlang

MISI
Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti.

VISI
Sekolah unggul penjana generasi terbilang.

LAGU SEKOLAH
Bimbinglah kami berjaya
Didiklah kami berilmu
Cemerlang harapan kita
Gemilang segenap penjuru

Kami sentiasa berikrar
Dididik tekun belajar
Dibimbing akhlak cemerlang
Kejayaan pasti dijulang

SMK Taman Tuanku Ja'afar terukir megah tersebar
SMK Taman Tuanku Ja'afar berfikir minda tercabar


Kami sentiasa berikrar
Dididik tekun belajar
Dibimbing akhlak cemerlang
Kejayaan pasti dijulang



BAHAGIAN PENTADBIRAN SMKTTJ








PENGETUA :
 TUAN OMAR BIN AHMAD




GURU PENOLONG KANAN AKADEMIK :
 EN. AKASHAH B. ISMAIL




GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID :
 TUAN HJ. ZAKARIA B. ISMAIL


GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
PN. HJH ZAINAB  BT. NASIR


GURU PENOLONG KANAN PETANG:
 EN. KALAISELVAM A/L MUNIANDI





Ketua-ketua bidang


Bidang Bahasa :
Pn. Faridah bt. Jaafar





Bidang Kemanusiaan :
En. Alias b. Abdullah







Bidang Sains & Matematik :
Pn. Pakyavathy A/P Muniandy





Bidang Teknik & Vokasional :
Pn. Fadhillah bt. Hashim











Sekilas Pandang Panorama SMK TTJ




Papan tanda SMK TTJ di bahagian hadapan sekolah
Bahagian tempat letak kenderaan pihak pentadbir
Gambar menunjukkan panorama SMK TTJ yang dikelilingi oleh pelbagai jenis tanaman
Bahagian lobi dan tangga menuju ke pejabat pentadbiran

Padang sekolah yang baru sahaja siap dibina pada tahun 2009

Kantin sekolah SMKTTJ
Bahagian sisi sekolah

Bahagian laman di Pintu pagar kecil
Penuh dengan tanaman-tanaman hiasan
Laman di bahagian hadapan sekolah
Surau SMKTTJ
Suasana perhimpunan pelajar pada waktu pagi
Suasana perhimpunan

0 komen:

Post a Comment