Monday, July 26, 2010

Pertandingan Mencipta Blog bagi setiap Ketua Bidang di SMKTTJ.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam muhibah, salam perpaduan, dan salam Satu Malaysia. Alhamdulillah, rasa syukur kami panjatkan ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya terlaksanalah blog Bidang Bahasa SMK TTJ ini.

Buat julung-julung kali, Pertandingan Mencipta Blog ini diadakan bersempena dengan Minggu Pusat Sumber Sekolah. Pertandingan ini dikelolakan oleh Cik Khalilah iaitu guru Pusat Sumber SMK TTJ. Terdapat empat bidang yang dipertandingkan iaitu Bidang Bahasa, Bidang Kemanusiaan, Bidang Sains dan Matematik, serta Bidang Teknik dan Vokasional.

Setiap bidang diwakili oleh dua orang peserta yang dibimbing oleh seorang guru pembimbing.
Bidang bahasa- Mohd Hanafi  dan Muhammad Haziq Syafiq
                       - Guru Pembimbing  iaitu Puan Rupidah.
Bidang Kemanusiaan - Hani syahira dan Rosfarinna
Bidang Teknik dan Vokasional - Mahirah Mukhtar dan Putri Noraini.
Bidang Sains dan Matematik - Harith syazwan dan Irwan syah.

Pada 21 Julai 2010 bersamaan dengan 9 Syaaban 1431 Hijrah, Murid ini telah diberi taklimat oleh Cik Khalilah mengenai cara-cara untuk mencipta blog. Sesi taklimat yang telah dijadualkan pada pukul 9.30 pagi itu, dimulai dengan kata-kata aluan oleh Cik Khalilah. Beliau berasa amat sukacita menerima penyertaan mereka dalam pertandingan tersebut. Pelajar tersebut telah disuruh untuk membuat e-mel bagi bidang masing-masing. Alamat e-mel bagi Bidang Bahasa ialah bbahasa2010@gmail.com .

Setelah itu,mereka diajar mendaftar untuk membuat blog menggunakan e-mel yang telah dicipta.Hasilnya, inilah blog yang telah kami usahakan hasil titik peluh dan kudrat yang dikurniakan Illahi.Sememangnya,pertandingan ini mempunyai pelbagai tujuan dan matlamat yang membawa sinar kebaikan kepada murid-murid SMKTTJ.
Sekian sahaja tinta daripada saya, Assalamualaikum w.b.t.

0 komen:

Post a Comment