Aktiviti-aktiviti bidang

Aktiviti-Aktiviti Bidang.




MINGGU BAHASA

"Bahasa Menjana Komunikasi Berkesan"
Minggu Bahasa telah dilancarkan pada 5 Julai 2010 hingga 16 Julai 2010
Pelancaran minggu ini telah dilaksanakan oleh Puan Hjh. Zaleha bt. Hj. Siran,Pengetua SMK Taman Tuanku Ja'afar.
Minggu Bidang Bahasa merupakan satu program tahunan untuk bidang bahasa.Minggu bahasa ini dilaksanakan dengan gabungan empat panitia di bawah bidang bahasa iaitu Panitia Bahasa Melayu, Panitia Bahasa Inggeris, Panitia Bahasa Tamil, dan Panitia Kesusasteraan Melayu.

Objektif perlaksanaan minggu ini ialah:


  1. Melahirkan pelajar yang kreatif.


  2. Memberi peluang kepada guru mengembangkan kreativiti pelajar


  3. Mencungkil bakat dalam aktiviti berbahasa


  4. Menarik minat pelajar dengan aktiviti berbahasa


  5. Menyemai nilai kegigihan dalam diri pelajar
Aktiviti-aktiviti yang telah diadakan ialah :
  • Quiz/Spell-It-Right (Tingkatan 1-5)
  • Hidden Words (Peralihan)
  • Word Building (TIngkatan 1-2)
  • Story Telling (Tingkatan 1-2)
  • Cross Word Puzzle ( Tingkatan 3)
  • Essay Writing Competition (TIngkatan 1-5)
  • Scrap Book (TIngkatan 4-5)
  • English Panel Brochure (Tingkatan4-5)
  • Kuiz (Tingkatan1-5)
  • Teka Silang Kata (Peralihan)
  • Pengucapan Umum (Tingkatan 1-2)
  • Pertandingan Brosur Bahasa Melayu (TIngkatan 1-5)
  • Pertandingan Mencipta Sajak (TIngkatan 3)
  • Menulis Cerpen Secara Berkumpulan (Tingkatan4-5)
  • Buku Skrap (Tingkatan 4-5)

Pelajar sedang sibuk membuat esei bagi pertandingan menulis esei BM.
Sibuk melengkapkan teka silang kata.
Kuiz bahasa tamil pada hari jumaat
Terdapat pemberian hadiah kepada para pemenang
Pennyokong utama minggu bahasa
Spell-it-right!
Pertandingan Menulis Esei


PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS
Tarikh : 24 March 2010
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi

Kain rentang
Pendaftaran para pelakon

sesi pendaftaran
berdiskusi di depan pintu dewan?
AJK yang turut serta membantu
Menanti persembahan drama
Bersiap sedia!
Pelakon utama
Barisan bintang-bintang SMKTTJ
Lakonan
Salah satu Babak
Salah satu babak
Mohd Hanafi - pelakon

Selamat tinggal SMK Seri Pagi!

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PMR DAN SPM

Barisan Penceramah
 En. Avadayan A/L Ramasamy (Bahasa Tamil PMR)             
 -5 Julai 2010 
En. Hasnan b. Dahlan (Bahasa Melayu PMR & SPM)          
 -PMR= 7 Julai 2010 & 22 Julai 2010                                      
 -SPM=21 Julai 2010 & 28 Julai 2010
En. Baskaran A/L Ramannair                                             
(Bahasa Inggeris PMR & SPM)                                          
 -12 Julai 2010 (PMR) & 19 Julai 2010 (SPM)
En. Abdul Malek b. Mohd Yatim ( Bahasa Melayu SPM)    
 -29 Julai 2010  & 3 Ogos 2010
Para pelajar PMR khusyuk  mendengar kata-kata En. Hasnan b. Dahlan ketika Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu PMR

Nota disalin secara teliti

Besemangat memberi ceramah- En.Hasnan B Dahlan.
Bakal-bakal 'penggoncang' dunia pada masa hadapan 
Layar skrin digunakan bersama-sama sistem LCD dalam pengajaran

En. Abdul Malek memberi ceramah dalam Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu SPM di Bilik mesyuarat bersama-sama pelajar tingkatan 5

Ceramah yang disampaikan mendapat respons yang memberangsangkan daripada para pelajar

En. Baskaran memberi cermah dalam Bengkel Teknik Menjawab Soalan Bahasa Inggeris SPM

Teknik pendekatan yang digunakan oleh beliau memudahkan para pelajar untuk lebih menghayati dan memahami cara-cara menjawab Soalan Bahasa Inggeris SPM


KLINIK BAHASA
Klinik bahasa merupakan suatu pendekatan efektif yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.
Para pelajar akan berjumpa dengan guru-guru secara individu atau kumpulan kecil (2-4 orang)
Guru akan memberi penerangan dan tunjuk ajar sehingga para pelajar mahir dalam aspek yang diajarkan kepada mereka. 

Pelajar dan guru berbincang tentang tajuk yang kurang dimahiri pelajar tersebut. Gambar menunjukkan Muhammad Haziq iaitu seorang pelajar berjumpa dengan gurunya , Pn. Faridah Jaafar untuk bertanya tentang masalah berkaitan bahasa.  
Pn. Faridah sedang memberi tunjuk ajar kepada anak muridnya, Muhammad Haziq menerusi pendekatan secara soal jawab. Dengan pendekatan yang seperti ini, dapat memastikan para pelajar mendapat pengetahuan dengan lebih efektif dan progresif.
"Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat", begitulah pepatah yang sesuai dikaitkan dengan aktiviti Klinik Bahasa yang dijalankan oleh Bidang Bahasa. Jika pelajar rajin bertanya maka banyaklah input yang diperoleh daripada gurunya.
Setelah memahami apa yang diajarkan oleh gurunya Muhammad Haziq disuruh membuat latih tubi supaya mendapat lebih kemahiran dan pendedahan tentang soalan-soalan yang mencabar. 

KELAS PEMULIHAN
Kelas pemulihan merupakan salah satu inisiatif yang telah dijalankan oleh Bidang Bahasa dibawah pengelolaan pihak sekolah.
Kelas Pemulihan dijalankan terhadap para pelajar yang menghadapi masalah dalam penulisan, pengejaan, dan pembacaan. Kelas Pemulihan dijalankan buat para pelajar kelas peralihan di SMK TTJ. Guru-guru bahasa menggunakan pendekatan yang lebih bersepadu, rasional dan strategik dalam usaha memberi tunjuk ajar kepada anak-anak murid mereka.
Cikgu Uthama Kumaran sedang mengajar anak-anak muridnya menulis karangan bahasa tamil.
 Murid-murid akan diperhatikannya secara individu supaya kelancaran dari segi pemahaman murid dapat diperoleh.

PROGRAM BULAN MEMBACA
 (dengan kerjasama pihak pusat sumber sekolah)
Sejajar dengan bulan membaca yang lalu, Bidang Bahasa telah mengadakan kerjasama dengan pihak PSS dengan mengagih-agihkan penanda buku. Hal ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar membaca dan memupuk semangat untuk menjadi orang yang berilmu.
Antara penanda buku yang telah diedarkan kepada pelajar.