Thursday, September 9, 2010

PETIKAN DRPD BLOG MUNSYI DEWAN BAHASA.

Fokus Karangan PMR 2010 - Pelancongan

KEBAIKAN SEKTOR PELANCONGAN KEPADA RAKYAT DAN NEGARA

Kini, negara kita semakin menitikberatkan industri pelancongan. Buktinya, kerajaan telah menggiatkan usaha untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita dari masa ke masa. Pengisytiharan George Town dan Melaka Bandaraya Bersejarah sebagai Tapak Warisan Dunia pula mendorong pelancong asing memilih negara kita sebagai destinasi mereka. Pengisytiharan ini menyebabkan negara kita mempunyai kelebihan kerana mulai saat tersebut pelancong asing bertali arus datang melancong ke negara kita. Sesungguhnya, sektor pelancongan mendatangkan pelbagai maslahat kepada rakyat dan negara kita.

Kepentingan perdana sektor pelancongan ialah sektor ini dapat menjana ekonomi negara. Agak mustahil jika para pelancong tidak berbelanja di negara kita. Apabila mereka makan angin di negara kita, kemasukan mata wang asing ke negara kita akan meningkat. Sebagai contohnya, mereka akan berbelanja untuk penginapan, makanan dan juga cenderamata. Dengan itu, ekonomi negara kita bertambah baik. Tegasnyanya, kedatangan pelancong asing ke negara kita sudah pasti mendatangkan pulangan yang lumayan kepada eknomi negara kita.

Selain itu, kemasukan pelancong asing akan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan kepada penduduk negara kita . Para pelancong memerlukan tempat penginapan, pengangkutan, dan perkhidmatan pemandu pelancong semasa melancong. Sebagai contohnya, pelbagai hotel telah dibangunkan di negara kita bagai cendawan tumbuh selepas hujan akhir-akhir ini. Hal ini akan meningkatkan peluang pekerjaan penduduk negara kita, terutamanya mahasiswa dan mahasiswi yang menganggur. Usaha ini sudah tentu dapat mengurangkan penganguran dalam negara kita terutamanya dalam kalangan siswazah.

Di samping itu, sektor pelancongan akan mendorong kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar. Demi menarik lebih banyak pelancong melancong ke negara kita, kerajaan akan mengambil insiatif untuk memperbanyak dan meningkatkan infrasruktur di luar bandar. Oleh itu, penduduk luar bandar akan berpeluang memiliki kemudahan asas yang lebih sempurna, seperti di kawan bandar. Hal ini bermakna taraf hidup penduduk luar bandar akan meningkat.

Seterusnya, sektor pelancongan turut mengubah persepsi orang asing terhadap Malaysia. Sesetengah media asing yang kekurangan maklumat tentang negara kita sering menguar-uarkan berita yang negatif mengenai negara kita. Sebagai contohnya, orang asing sudah pasti kaget tentang keupayaan negara kita membina Menara Kuala Lumpur dan Bangunan Kembar Petronas yang menjadi mercu tanda negara. Apabila mereka datang melancong ke negara kita, persepsi mereka sudah tentu berubah dan menolak sebarang khabar aingin atau fitnah yang memburukkan negara kita.

Secara tuntasnya, industri pelancongan sememangnya menguntungkan negara dan rakyat. Oleh itu, kerajaan haruslah menggiatkan usaha untuk mempromosikan negara kita kepada dunia luar kerana tak kenal maka tak cinta. Kerjasama yang utuh daripada semua pihak ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni akan meningkatkan dan memajukan sektor pelancongan negara.


Karangan ini ditulis oleh Lee Su Ki - Peserta Seminar SKOR A peringkat negeri Melaka.

Hari Raya Aidilfitril Menjelma kembali.

Assalamualaikum w.b.t

PIHAK BAHASA INGIN MENGUCAPKAN 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI  KEPADA SEMUA UMAT ISLAM. SEMOGA SENTIASA CERIA DAN SEJAHTERA DI SAMPING DANSANAK TERCINTA. SENYUM SELALU.