Friday, July 30, 2010

Sekalung Penghargaan / A token of appreciation

Kami daripada pihak pelajar yang menyertai pertandingan membina blog bidang berasa amat bersyukur kerana telah dapat melaksanakan tugasan dengan jayanya.
Terima kasih kami tujukan kepada :
~>  Pihak pentadbir SMK TJJ
~>  Cik Khalila
~>  Pn. Faridah
~>  Pn. Rupidah
~>  Pn. Fadhillah
~>  Pn. Kursiah
~>  Unit Bimbingan Dan Kaunseling SMK TTJ
~>  Guru-guru mata pelajaran bahasa
~>  Guru-guru kelas kami
~>  Rakan-rakan seperjuangan kami
~>  Cikgu-cikgu Bahasa Melayu (Munsyi Dewan)
~>  Semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung

"JASAMU DIKENANG"

Naik beca, naik bas,
Sudah baca, harap balas.
Sekian, Assalamualaikum w.b.t

Wednesday, July 28, 2010

Perhatian kepada Semua Calon Peperiksaan Awam

Sudahkah anda bersedia menghadapi peperiksaan awam, calon-calon PMR&SPM SMKTTJ 2010 ?
Count your days! Start your revision now!

PMR ~> 05 OKT-12 OKT 2010
SPM ~> 22 NOV - 16 DIS 2010 


Tuesday, July 27, 2010

Seloka Buat Semua

Kalau tak dapat menjadi belukar selingkar,


Jadilah rumput sederet,


dan serikanlah sebatang jalan raya.






Kalau tak dapat menjadi ikan temoleh,


jadilah seluang,


Tetapi seluang terlincah di tasik terbentang.






Tidak semua boleh menjadi nakhoda,


Sesetengah kita berbaju kelasi,


Namun setiap tubuh punya kerja, tugas besar dan kecil,


Dan tugas segera adalah tugas yang terdekat.






Kalau tak boleh menjadi jalan raya,



Jadilah sekerat lorong.






Kalau tak boleh menjadi matahari,


Jadilah sebutir bintang…






Besar bukan ukuran gagal jaya,

Tetapi , jadilah ’YANG LEBIH BAIK’ daripada‘YANG TERBAIK’ dalam segala
Dipetik daripada blog Cikgu Suhaimi

Monday, July 26, 2010

Pertandingan Mencipta Blog bagi setiap Ketua Bidang di SMKTTJ.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam muhibah, salam perpaduan, dan salam Satu Malaysia. Alhamdulillah, rasa syukur kami panjatkan ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnia-Nya terlaksanalah blog Bidang Bahasa SMK TTJ ini.

Buat julung-julung kali, Pertandingan Mencipta Blog ini diadakan bersempena dengan Minggu Pusat Sumber Sekolah. Pertandingan ini dikelolakan oleh Cik Khalilah iaitu guru Pusat Sumber SMK TTJ. Terdapat empat bidang yang dipertandingkan iaitu Bidang Bahasa, Bidang Kemanusiaan, Bidang Sains dan Matematik, serta Bidang Teknik dan Vokasional.

Setiap bidang diwakili oleh dua orang peserta yang dibimbing oleh seorang guru pembimbing.
Bidang bahasa- Mohd Hanafi  dan Muhammad Haziq Syafiq
                       - Guru Pembimbing  iaitu Puan Rupidah.
Bidang Kemanusiaan - Hani syahira dan Rosfarinna
Bidang Teknik dan Vokasional - Mahirah Mukhtar dan Putri Noraini.
Bidang Sains dan Matematik - Harith syazwan dan Irwan syah.

Pada 21 Julai 2010 bersamaan dengan 9 Syaaban 1431 Hijrah, Murid ini telah diberi taklimat oleh Cik Khalilah mengenai cara-cara untuk mencipta blog. Sesi taklimat yang telah dijadualkan pada pukul 9.30 pagi itu, dimulai dengan kata-kata aluan oleh Cik Khalilah. Beliau berasa amat sukacita menerima penyertaan mereka dalam pertandingan tersebut. Pelajar tersebut telah disuruh untuk membuat e-mel bagi bidang masing-masing. Alamat e-mel bagi Bidang Bahasa ialah bbahasa2010@gmail.com .

Setelah itu,mereka diajar mendaftar untuk membuat blog menggunakan e-mel yang telah dicipta.Hasilnya, inilah blog yang telah kami usahakan hasil titik peluh dan kudrat yang dikurniakan Illahi.Sememangnya,pertandingan ini mempunyai pelbagai tujuan dan matlamat yang membawa sinar kebaikan kepada murid-murid SMKTTJ.
Sekian sahaja tinta daripada saya, Assalamualaikum w.b.t.