Tuesday, April 19, 2011

Pertandingan Bahas Ala Parlimen

Tarikh : 7 April 2011

Tempat : SMK King George V

Nama Pelajar:
  • Mohd Hanafi - 5 UIA
  • Afi Aizuddin - 5 UIA
  • Nurul Izzati - 5 UIA
  • Sitee Nuraihah - 5 UIA
  • Nur Akma Diana - 5 UIA
Guru Pengiring: Seorang- En. Yazid Bin Yusof (Turut menjadi hakim dalam pertandingan tersebut)

OBJEKTIF
  • Mencungkil bakat para pelajar dalam berkomunikasi secara spontan.
  • Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang tatacara dalam perbahasan.
  • Memberi para pelajar pengalaman untuk berbicara.
Pasukan Bahas SMKTTJ telah berjaya melayakkan diri ke pusingan suku akhir. Namun, mereka kecundang apabila bertemu SMK Pendeta Za'aba. Sememangnya kalah dan menang adat pertandingan. Kita terpaksa akur dengan kehebatan pembahas-pembahas pihak lawan




                          

Latihan di perpustakaan







Setibanya di SMK KGV







Sempat berlatih di bilik kuarantin

Tuesday, April 12, 2011

Rombongan Pelajar SMKTTJ ke Istana Budaya, Kuala Lumpur.


Pada hari sabtu lalu bersamaan 9 April 2011, seramai 8 orang guru pengiring, iaitu Pn Rupidah Ibrahim selaku ketua rombongan dan juga 34 orang pelajar sekolah ini telah menyertai rombongan ke Istana Budaya, Kuala Lumpur untuk menonton pementasan Monodrama 'Rebab Berbisik'. Teater ini diarahkan oleh tokoh sastera terkenal negara, Rahimidin Zahari. Monodrama ini bermula jam 8.30 malam dan tamat pada 10.15 malam di Dewan Lambang Sari, Istana Budaya.

Objektif Program

1.    Pelajar dapat didedahkan dengan ilmu berkaitan pementasan teater dan mendapat pengalaman menonton pementasan teater secara langsung.
2.    Memotivasikan pelajar agar lebih cenderung menghayati dan mendalami karya sastera yang penuh dengan elemen didaktik serta nilai-nilai pengajaran.
3.    Melahirkan generasi muda yang cinta akan kesenian dan kebudayaan serta memupuk sifat kreatif serta inovasi dalam diri.

Tentatif Program

2.30 ptg – Semua pelajar dan guru pengiring berkumpul di perkarangan surau SMKTTJ.
2.45 ptg – Semua pelajar dan guru pengiring menaiki bas dan bas memulakan perjalanan.
4.00 ptg – Tiba di KLCC, semua pelajar dan guru pengiring diberikan masa 2 jam untuk
                Aktiviti bebas.
6.00 ptg – Semua pelajar dan guru pengiring berkumpul semula di perkarangan KLCC.
                Bas mula bergerak ke Istana Budaya.
6.30 ptg – Tiba di Istana Budaya. Para pelajar dan guru dibawa masuk ke Lobi Utama Istana
               Budaya dan melawat di kawasan sekeliling.
7.00 ptg -Semua pelajar diberikan masa untuk solat dan menjamu selera di Laman Budaya.
8.30 mlm – Pementasan Monodrama ‘Rebab Berbisik’ bermula.
10.15 mlm – Pementasan tamat dan balik ke SMKTTJ.


pelajar mengambil makanan

pelajar menjamu selera sebelum memulakan perjalanan

orang kuat bahasa..Pn Faridah (Ketua Bidang Bahasa)

dalam bas sebelum bergerak..

di lobi Istana Budaya

sebelum melangkah masuk ke dalam dewan

pementasan bermula

MC yang unik

penuh penghayatan




Secara keseluruhannya, pementasan Monodram ini telah menarik perhatian para pelajar dan ianya telah memberikan satu cerminan baharu kepada pemikiran generasi muda berkaitan dengan pementasan teater. Semoga mereka dapat memupuk rasa minat yang mendalam untuk terus memberikan sokongan kepada industri pementasan karya kreatif disamping dapat menghayati keindahan serta nilai-nilai murni dalam kesusasteraan melayu.

‘BERSAMA MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN MELAYU KITA’

Sunday, April 10, 2011

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan

                                            

ingin kami ucapkan buat Pengetua baharu SMK Taman Tuanku Jaafar.
Beliau merupakan individu yang telah kami nanti sejak awal tahun.
Namun, penantian kami, telah berakhir setelah Tn. Omar Bin Ahmad dihantar ke sekolah kami bagi menggantikan Pn. Zaleha binti Siran.
Namun, bukan seperti kacang lupakan kulit, jasa pn. zaleha akan tetap segar dalam benak kami.

Buat  Tuan Pengetua yang baharu, kami harap Tuan dapat menyesuaikan diri dengan atmosfera sekolah ini. Selamat Bertugas. Semoga tuan dapat memacu SMK Taman Tuanku Jaafar ke arah yang lebih cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Selamat Maju Jaya! :)
b/p : Pihak Bidang Bahasa SMK Taman Tuanku Jaafar