Pada hari sabtu lalu bersamaan 9 April 2011, seramai 8 orang guru pengiring, iaitu Pn Rupidah Ibrahim selaku ketua rombongan dan juga 34 orang pelajar sekolah ini telah menyertai rombongan ke Istana Budaya, Kuala Lumpur untuk menonton pementasan Monodrama 'Rebab Berbisik'. Teater ini diarahkan oleh tokoh sastera terkenal negara, Rahimidin Zahari. Monodrama ini bermula jam 8.30 malam dan tamat pada 10.15 malam di Dewan Lambang Sari, Istana Budaya.
Objektif Program
1. Pelajar dapat didedahkan dengan ilmu berkaitan pementasan teater dan mendapat pengalaman menonton pementasan teater secara langsung.
2. Memotivasikan pelajar agar lebih cenderung menghayati dan mendalami karya sastera yang penuh dengan elemen didaktik serta nilai-nilai pengajaran.
3. Melahirkan generasi muda yang cinta akan kesenian dan kebudayaan serta memupuk sifat kreatif serta inovasi dalam diri.
Tentatif Program
2.30 ptg – Semua pelajar dan guru pengiring berkumpul di perkarangan surau SMKTTJ.
2.45 ptg – Semua pelajar dan guru pengiring menaiki bas dan bas memulakan perjalanan.
4.00 ptg – Tiba di KLCC, semua pelajar dan guru pengiring diberikan masa 2 jam untuk
Aktiviti bebas.
6.00 ptg – Semua pelajar dan guru pengiring berkumpul semula di perkarangan KLCC.
Bas mula bergerak ke Istana Budaya.
6.30 ptg – Tiba di Istana Budaya. Para pelajar dan guru dibawa masuk ke Lobi Utama Istana
Budaya dan melawat di kawasan sekeliling.
7.00 ptg -Semua pelajar diberikan masa untuk solat dan menjamu selera di Laman Budaya.
8.30 mlm – Pementasan Monodrama ‘Rebab Berbisik’ bermula.
10.15 mlm – Pementasan tamat dan balik ke SMKTTJ.
pelajar mengambil makanan
pelajar menjamu selera sebelum memulakan perjalanan
orang kuat bahasa..Pn Faridah (Ketua Bidang Bahasa)
dalam bas sebelum bergerak..
di lobi Istana Budaya
sebelum melangkah masuk ke dalam dewan
pementasan bermula
MC yang unik
penuh penghayatan
Secara keseluruhannya, pementasan Monodram ini telah menarik perhatian para pelajar dan ianya telah memberikan satu cerminan baharu kepada pemikiran generasi muda berkaitan dengan pementasan teater. Semoga mereka dapat memupuk rasa minat yang mendalam untuk terus memberikan sokongan kepada industri pementasan karya kreatif disamping dapat menghayati keindahan serta nilai-nilai murni dalam kesusasteraan melayu.
‘BERSAMA MEMARTABATKAN KESUSASTERAAN MELAYU KITA’
0 komen:
Post a Comment