Thursday, November 4, 2010

HARI DEEPAVALI KIAN TIBA.

Kami dari pihak bidang bahasa ingin mengambil peluang keemasan ini untuk mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI
buat semua warga kaum Hindu di Malaysia, khususya buat guru-guru dan para pelajar di SMK TAMAN TUANKU JAAFAR. 

Ceria selalu bersama keluarga, dansanak, serta rakan-rakan anda. 

MAY THIS MEANINGFUL FESTIVAL BRINGS PROSPERITY TO OUR HOME. 

Wednesday, November 3, 2010

Isu H1N1

Influenza A (H1N1) di Malaysia atau wabak selesema babi 2009 bermula pada Mei - Jun 2009. Sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia. Sampel klinikal dihantar untuk Ujian makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan kes Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada babi, demam Coxsackie dan penyakit SARS.
Berikutan daripada wabak selesema babi yang berlaku di Mexico bermula pada Mei 2009, kerajaan Malaysia mula mengambil langkah kawalan untuk mencegah wabak ini daripada menular.

Istilah

Pada 25 Jun 2009, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan influenza A (H1N1) (1 % ) tidaklah berbahaya berbanding dengan wabak selesema burung (avian influenza) (60 %). Beliau menggesa media khususnya televisyen tidak menggunakan istilah selesema babi. Lagipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf istilah Influenza A (H1N1). Stesen RTM1 dan TV3 beralih semula menggunakan istilah mudah difahami iaitu 'selesema babi' dan memang berpunca daripada babi di Mexico, Australia dan Amerika Syarikat. Istilah 'selesema babi' bukan bertujuan menghina sesiapa.
Semua jenis virus tidak ada ubat . Virus ini tiada 'persenyawaan' sebaliknya berkembang melalui 'pemecahan satu kepada dua' apabila hinggap pada perumah seperti manusia. Industri ternakan babi bimbang saham dan jualan ternakan akan merosot jika istilah selesema babi digunakan.[2]

[sunting] Kematian

Sehingga 2 Ogos 2009, 5 orang disahkan mati di Malaysia akibat selesema babi ini.
  1. 21 Julai 2009: Seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun dijangkiti Influenza A (H1N1) telah meninggal dunia.[3]
  2. 24 Julai 2009 : seorang rakyat Indonesia (46 tahun) mati kerana degupan jantung tidak terkawal dan berkait dengan H1N1 .Dia mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.[4]
  3. 27 Julai 2009: Wanita 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk . Dia mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru.
  4. 31 Julai 2009 : Kanak-kanak perempuan (10 tahun) di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Bagan Serai, Perak.Mangsa sesak nafas, deman dengan suhu 39 darjah Celcius dan cyanosis.Tiba-tiba tidak sedar sebelum meninggal dunia 30 minit kemudian.[5]Bedah siasat dilakukan di Hospital Alor Setar.
  5. 3 Ogos 2009 : Seorang ibu muda berusia 24 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) meninggal dunia di Miri,Sarawak selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya.
Ia menjadi kes pertama korban H1N1 di Sarawak dan ketujuh di seluruh negara setakat ini. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), r David KL Quek melaporkan anggaran 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati akibat selesema A (H1N1) jika 20 % daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. Kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 % kepada 0.66 %.[6]

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), r David KL Quek melaporkan anggaran 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati akibat selesema A (H1N1) jika 20 % daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. Kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 % kepada 0.66 %.[7]
Sehingga Ogos 9, 2009, 26 kes kematian telah dicatatkan dan kesemua kes ini melibatkan warganegara Malaysia.
  • 11 OGOS 2009,KES KEMATIAN YANG DICATATKAN DI mALAYSIA ADALAH 32 ORANG
DIHARAP SEMUA RAKYAT MALAYSIA MENGAMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA

[sunting] Langkah kawalan

Kerajaan Malaysia telah mula menyimpan simpanan lebih 2 juta dos ubat antivirus selesema Tamiflu sebagai langkah berjaga-jaga
Pesakit yang mengalami masalah asma, kegagalan organ, wanita hamil, diabetes dan penyakit kronik paru-paru mudah dijangkiti selesema babi ini.Kes ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan dibenar tinggal di rumah.Setakat ini belum ada vaksin bagi H1N1 dan ia hanya akan dihasilkan pada sekitar hujung 2009.[8]
21 hospital swasta telah diberi bekalan antiviral influenza untuk digunakan bagi merawat pesakit-pesakit influenza A (H1N1) atau yang disyaki.Rawatan antiviral influenza diberikan dengan dos diganda.Jadi hospital swasta tidak perlu merujuk pesakit kepada hospital kerajaan. [9]
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pelancong dikehendaki mengisi borang mandatori. Mereka yang engkar boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Ia akan diwartakan di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988.Borang pengisytiharan itu memerlukan orang ramai mencatatkan nombor tempat duduk dan nombor penerbangan bagi memudahkan mereka dikesan.Pemeriksaan suhu badan ke atas penumpang dari Amerika Syarikat (AS), Melbourne dan Manila kerana mempunyai penularan wabak influenza yang tinggi dan berisiko bagi Malaysia. Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dimaklumkan kerana kini pada tahap 6 WHO.[10]
Orang ramai dilarang pergi ke tempat-tempat yang sesak dan ramai orang serta negara-negara yang berisiko tinggi dengan jangkitan H1N1.
Saringan dijalankan di di tiga pintu masuk darat utama di negara ini iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.Jumlah disaring ialah 15,483 orang sehingga 22 Mei 2009.[11]

[sunting] Wad pengasingan

Kementerian Kesihatan menyediakan wad pengasingan di beberapa hospital. Petugas akan mengambil calitan tekak untuk ujian makmal. Wad pengasingan disediakan di:[12]

[sunting] Ladang babi

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Datuk Mohd Johari Baharom berkata 529 ladang berdaftar serta 93 ladang tradisional diperiksa. Setakat ini semua ladang babi bebas daripada jangkitan wabak Influenza A (H1N1). Terdapat 700 ladang babi di seluruh Malaysia. Sebanyak 13,076 sampel (calitan hidung) dan 8,932 sampel darah babi diambil dari ladang-ladang babi berdaftar yang diperiksa, manakala 339 sampel darah dan 435 sampel (calitan hidung) pula diambil dari ternakan ladang tradisional. Permit import daging babi dari negara China, Eropah, Australia dan Vietnam akan ditarik balik jika perlu.[13]

[sunting] Pesawat dari luar negara

  • Semua penumpang pesawat MH091 yang mendarat di KLIA pada pukul 7.15 pagi 3 Jun 2009.
  • Semua penumpang pesawat AK702 yang mendarat di LCCT pada pukul 1 tengah hari 3 Jun
  • Semua penumpang pesawat AirAsia X D7 2723 yang mendarat di LCCT, Sepang pada pukul 7 pagi 5 Jun 2009
  • Semua penumpang pesawat AK 5358 .Seramai 33 penumpang dan empat krew penerbangan telah dikesan
Penumpang pesawat di atas diarahkan menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300. [14]

[sunting] Sekolah ditutup

Prosedur Kementerian Kesihatan menetapkan sesuatu tempat yang mempunyai simptom influenza A(H1N1) akan diarah tutup sekiranya 5 % daripada jumlah keseluruhan penghuninya didapati mengalami demam sehingga mencecah 38 darjah Celcius.
Antara sekolah yang diarah tutup seminggu ialah :
  1. SRJK(C) Jalan Davidson, Jalan Pudu, Kuala Lumpur ditutup dari 19-26 Jun 2009
  2. SRK Assunta 2, Petaling Jaya, telah ditutup 22-26 Jun 2009.
  3. Seri Cempaka International School,* Batu 9 Cheras, Selangor - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun
  4. SMK Seksyen 9 Shah Alam - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun
  5. SMK Damansara Utama, Petaling Jaya - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun
  6. SMK Wangsa Maju, Kuala Lumpur - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun[15]
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka, Maran
  8. Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan
  9. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir
  12. Sekolah Agama Al-Iqwan, Teluk Kumbar
  13. Maktab Perguruan Tuanku Bainun di Pulau Pinang
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang, Selangor
  15. Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor
  16. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor
  17. Sekolah Kebangsaan Stella Marris Tanjung Aru
  18. Sekolah Menengah (SM) Agama Kota Kinabalu 1
  19. Sekolah Kebangsaan St. Agnes
  20. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Shan Tao
  21. Sekolah Menengah Bandaraya
  22. SM Agama Kota Kinabalu
  23. SM Sains Lahad Datu
  24. SM Sains Kota Kinabalu
  25. Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu
  26. Sekolah Rendah Tebobon Kota Kinabalu.
  27. Sekolah Menengah Sains Matang, Kuching, Sarawak
  28. Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya
  29. Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield , Subang Jaya - ILI[16]
  30. Sekolah Menengah Kebangsaan Subang, Kg Melayu Subang (3/8/2009-7/8/2009)

[sunting] Kem PLKN yang ditutup

Terdapat 83 buah kem PLKN di seluruh Malaysia. Kem PLKN yang ditutup ialah :
  1. Kem PLKN Bina Semangat YPJ di Mersing, Johor
  2. Kem PLKN Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak
  3. Kem PLKN Sri Impian, Pulau Pinang
  4. Kem PLKN Merang Suria, Merang, Terengganu
  5. Kem PLKN Lagenda Gunung Ledang, Asahan, Melaka.
  6. Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  7. Kem PLKN Rachado Bay, Port Dickson, Negeri Sembilan
  8. Kem PLKN Jiwa Murni, Semanggol, Perak
  9. Kem PLKN Peladang, Setiu, Terengganu
  10. Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor
  11. Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh,Ayer Keroh, Melaka.[17]

[sunting] IPT

  1. Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPMM)
  2. Kolej Yayasan Melaka
  3. Kolej Profesional Mara
  4. Sekolah Kejururawatan Nilam
  5. Univervisiti Teknologi Mara kampus Lendu
  6. Politeknik Kota, Melaka Tengah, Melaka - luster 'influenza-like illness' (ILI)
  7. Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, dikuarantin di Pusat Kesihatan Bandar Alor Setar seminggu.[18]

[sunting] Kuarantin dan sekatan keluar negara

Pada 24 Jun 2009,Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah mengeluarkan arahan melarang warga dan pelajarnya keluar negara. Jika tidak ada kemungkinan 100,000 pelajar UiTM di seluruh negara dijangkiti wabak dan kampus terpaksa ditutup sehingga menjejaskan pembelajaran pelajar.[19]
Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Ghauth Jasmon mengarahkan semua pelajar semester 1 bagi sesi pengajian tahun 2009/2010 mengisi Borang Deklarasi Kesihatan. Klinik Kesihatan Pelajar dan Pusat Perubatan Universiti Malaya akan memantau kesihatan pelajar terutama pelajar asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Filipina, Australia, Mexico, New Zealand, Singapura dan Thailand. Jika perlu, mereka akan dikuarantin di Rumah Antarabangsa, Rumah Kediaman Kakitangan Universiti Malaya dan Kolej Kediaman ke-11.[20]
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan kaedah kuarantin dan sekatan perjalanan ke luar negara menepati maqasid syariah (objektif-objektif syariah). Islam memperkenalkan kaedah samak 7 kali dengan air tanah dan kuarantin terhadap penyakit babi dan kusta. [21]

[sunting] Nasihat perjalanan ke negara yang terjejas teruk oleh H1N1

  • Adakah anda perlu keluar negara?
  • Sebelum berjalan ke negara yang terjejas, ketahui mengenai risiko dan langkah mengelaknya. Beritahu mengenainya kepada mereka yang menyertai anda (anak-anak dan pasangan anda).
  • Pastikan insuran perubatan anda adalah terkini dan sah dan ketahui bagaimana menggunakannya. Anda perlu tahu cara mendapatkan bantuan kesihatan semasa perjalanan anda.
  • Anda patut mendapatkan nasihat kesihatan dan cara mengelak dan maklumat terkini dari Badan Kesihatan Sedunia ("World Health Organization - WHO").
  • Sekiranya anda tidak sihat, tangguh perjalanan antarabangsa anda.
  • Semasa mengembara di negara yang terjejas, elak daripada berada di kawasan ramai orang sekiranya tidak perlu.
  • Sentiasa amalkan teknik membasuh tangan secara kerap dan teliti.
  • Makan hanya makanan yang di masak dengan sempurna.
  • Setelah kembali perhatikan kesihatan anda salama 10 hari bagi sebarang symptom sebrlaku seperti demam, batuk, sakit kepala, dan sakit pada bahagian otot.
  • Bagi mereka yang menunjukkan simptom di atas selepas mengembara keluar negara, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  • Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan keadaan di negara tujuan sebanyak mungkin. (Pengumuman mengenai perkembangan terbaru penyakit)

[sunting] Senarai kes di Malaysia

  • 14 kontak kepada kes ketiga, 46 kontak kes keempat dan kelima, 26 kontak kes keenam dan 93 kontak kes ketujuh.
  • Kes 1: Pelajar lelaki berusia 21 tahun berasal dari Lembah Klang dirawat di Hospital Sungai Buloh.Ujian x-ray menunjukkan keputusan normal. Keluarganya yang dikuarantin juga berada dalam keadaan sihat. Pelajar itu baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009.Semasa saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tiada sebarang tanda H1N1. dia diberi rawatan antiviral.
  • Kes 2: dirawat di Hospital Pulau Pinang. Pesakit itu tidak lagi demam dan anggota keluarganya juga sihat. Pelajar perempuan merupakan rakan kes 1.
  • Kes 3 :pelajar Malaysia yang pulang bercuti dari Amerika Syarikat pada Isnin 1 Jun. Sekarang ini musim cuti pelajar dari Amerika Syarikat dan ramai lagi yang akan balik.
  • Kes 4 dan 5: Dua rakyat Jerman berusia 30 dan 32 tahun yang sedang bercuti di Asia Tenggara.[22]
  • Kes 6: pelajar Malaysia menetap di New York (28 tahun) menaiki Penerbangan Malaysia MH091 dari New York dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7 pagi Rabu 3 Jun 2009. dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.
  • Kes 28: Pelajar perempuan rakyat Malaysia berusia 20 tahun, menaiki penerbangan MH 091 (tempat duduk 55H) dari Chicago dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi, 15 Jun 2009.
  • Kes 29 : Pelajar perempuan berusia 11 tahun, warganegara Thailand menaiki penerbangan MH 785 (tempat duduk 30E) bersama 43 orang yang lain, bagi perlawanan persahabatan sukan.
  • Kes 30 : Wanita berusia 50 tahun, warganegara Australia datang ke Malaysia untuk bercuti menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 10G) dari Melbourne.
  • Kes 31 : Wanita rakyat Malaysia berusia 58 tahun yang juga menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 22B) dari Australia bersama 11 ahli keluarga yang tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada pukul 7 pagi, 16 Jun .Nenek kepada kes 36.
  • Kes 32 : Wanita rakyat Malaysia berusia 30 tahun, bekerja di London sejak 2008 pulang ke tanah air menaiki penerbangan MH001 (tempat duduk 62D) tiba di KLIA pada pukul 5.30 petang, 15 Jun
  • Kes 33 : Perempuan berusia 15 tahun berada di Melbourne, Australia dari 27 Mei hingga 15 Jun lalu menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada pukul 7 pagi.
  • Kes 34 : Suri rumah warga Filipina berusia 30 tahun menaiki pesawat MH 705 (tempat duduk 20A) dari daerah Naguilian Quecun, Filipina pulang ke Malaysia pada 14 Jun, pukul 8 malam.
  • Kes 35 : lelaki berusia 20 tahun mengikuti pengajian di Universiti Melbourne, Australia pulang ke Malaysia menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 43H) dan tiba di LCCT pada 15 Jun, pukul 7.15 pagi[23]
  • Kes 36: 1 pelajar kelas 5(1) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) Jalan Davidson dijangkiti H1N1 . Sekolah diarahkan bercuti dari 19 - 26 Jun 2009. Pelajar itu bersama 11 ahli keluarga menaiki pesawat AirAsia XD7 2723 .
  • Kes 37: warga Malaysia lelaki berusia 22 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
  • Kes 38: pelajar berusia 14 tahun yang pulang dari Melbourne dengan penerbangan Air Asia D7 2723 pada jam 7.30 pagi 14 Jun.
  • Kes 39: seorang wanita berusia 27 tahun, rakyat Malaysia yang bertugas sebagai pramugari dengan Syarikat Penerbangan Singapura.
  • Kes 40: seorang wanita berusia 40 tahun yang bekerja sebagai ejen farmasi, yang pulang dari Melbourne dengan pesawat Air Asia D7 2723 pada jam 7.30f pagi 17 Jun.
  • Kes 41: pelajar wanita berusia 19 tahun yang pulang bersama 11 anggota keluarganya dengan pesawat Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada jam 7.30 pagi 16 Jun.
  • Kes 42: pelajar lelaki berusia 17 tahun yang pulang dari Melbourne dengan pesawat yang sama.[24]
  • Kes 43: pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam
  • Kes 44: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Melbourne
  • Kes 45: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Melbourne
  • Kes 46: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Amerika Syarikat
  • Kes 47: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Amerika Syarikat
  • Kes 48: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Toronto Kanada
  • Kes 49: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Thailand[25]
Sehingga Ogos 9, 2009, 1780 kes H1N1 telah dicatatkan yang terdiri daripada 574 kes-kes import dan 1206 kes-kes tempatan

cONTOH SOALAN KARANGAN JENIS PERIBAHASA.


Karangan peribahasa
Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa , ‘Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit’.
Kisah seorang budak yang sentiasa berjimat cermat
suka menyimpan wang
i.        sejak di bangku sekolah rendah suka menabung sebahagian daripada duit belanja sekolah di dalam tabung di rumah.
ii.      di sekolah menengah - membuka akaun simpanan di bank dan teruskan amalan menyimpan
iii.     dapat masuk ke universiti - ibu bapa tidak mampu membayar yuran universiti
iv.     menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan di universiti - lulus dengan cemerlang
v.       mendapat pekerjaan yang baik - jawatan tinggi dengan swasta - masih amalkan tabungan
vi.     duit simpanan telah mencapai RM 500,000.00 . Gunakan untuk
n       membeli rumah batu
n       kenderaan
n       hantar ibu bapa menunaikan haji
vii.    hidup senang-lenang hasil daripada berjimat-cermat dan amalan menabung
Tegaskan tajuk peribahasa - betul kata orang , ‘Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit’.
soalan 49
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Hangat-hangat Tahi Ayam”
Amri murid Tahun Enam Mawar - baru bertukar ke Sekolah Kebangsaan Darau
a. merupakan murid yang rajin - berdisiplin - dijadikan murid contoh di dalam kelas - bergaul dengan murid-murid nakal - sikapnya mula berubah.
b. Cikgu Ramlah sedar akan perubahan diari Amri - panggil Amri ke bilik guru
- menasihati Amri - Amri diam - menangis
c. ada peperiksaan - Amri mendapat markah yang rendah
Amri sedar akan kesilapannya - berazam untuk mengubah sikap.
soalan 50
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan kepada peribahasa “Bagai Kacang Melupakan Kulit”
Sani anak yatim piatu -ibu dan ayahnya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Pak Awang ambil sebagai anak angkat.
a. Pak Awang orang miskin - rajin bekerja - Sani dapat sekolah - ditanggung oleh Pak Awang - dijaga dengan baik.
b. Sani berjaya - melanjutkan pelajaran ke luar negara - bidang doktor - Pak Awang berasa bangga - berharap dapat bergantung hidup dengan Sani.
c. Sani berjaya menjadi seorang doktor - bergaji besar - tidak pernah pulang menjenguk Pak Awang - segala jasa Pak Awang dilupakan - Pak Awang berasa sedih.
Sikap Sani seperti kacang lupakan kulit. Pak Awang hidup dalam kesusahan.
soalan 51
Tuliskan satu karangan yang bertajuk “ Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan”
Rahim memberitahu keluarganya tentang niatnya untuk  berniaga - ibu bapanya menasihati - banyak risiko.
a. Rahim memulakan perniagaan- membaiki motosikal kawan-kawannya - perniagaan Rahim semakin maju - Rahim membuka bengkel.
b. bengkel Rahim lengkap - Rahim bekerja dengan bersungguh-sungguh
c. Bapa Rahim datang - Rahim mengatakan keinginan untuk belajar membaiki kereta.
Rahim gembira mendapat dorongan daripada ayahnya.
Soalan 52
“ Belakang Parang Sekalipun diasah Akan Tajam Jua ”. Anda diminta membina sebuah karangan berpandukan peribahasa tersebut.
Ahmad sering gagal dalam ujian Matematik - tiga kali dia gagal - Gurunya selalu memarahi Ahmad.
- sejak peristiwa itu - bertekad untuk berjaya
- sikap Ahmad berubah - tidak nakal lagi - tumpukan perhatian - rajin membuat latihan - bertanya sekiranya tidak faham.
b.      Kawan-kawan sedar akan perubahan Ahmad - menyindir Ahmad - Ahmad bersabar - dia yakin akan berjaya
c.      Peperiksaan bermula - Ahmad menjawab dengan penuh yakin - persediaan yang cukup - tiada masalah untuk menjawab soalan-soalan.
d.      keputusan ujian diumumkan - Ahmad tersenyum gembira - Cikgu Mamat menepuk-nepuk bahu Ahmad.
Cikgu Mamat memuji sikap Ahmad - berkata “Belakang Parang Sekalipun Kalau Diasah Akan Tajam jua”.
Soalan 53
Tulis satu karangan yang bertajuk “ Sepandai - pandai Tupai Melompat, sekali Terjatuh Jua”.
Asri - pelajar nakal - tidak disenangi - malas membuat kerja rumah - dia meniru daripada rakan-rakannya.
a.     sikap Asri itu tidak disenangi - mereka takut untuk memberitahu guru akan hal itu. Mereka takut akan dipukul oleh Asri.
b.      Cikgu Ling memberikan kerja rumah kepada murid-murid kelas itu. Asri leka bermain saja - terlupa akan kerja yang diberi oleh Cikgu Ling.
c.      Esoknya - cikgu Ling meminta buku latihan Asri - kerja Asri tidak kemas - Cikgu dapat mengesan bahawa Asri meniru - Asri menafikannya.
d.      seorang rakan Asri memberitahu - Asri akhirnya terperangkap - Asri mengaku kesalahannya.
Cikgu Ling menasihati Asri - Asri dibawa berjumpa dengan Guru Besar - Cikgu Ling berkata “Sepandai-pandai Tupai Melompat , Sekali Jatuh Ke Tanah Jua”.
Soalan 54
Masa Itu Emas
Peribahasa ialah satu rangkai kata yang digunakan olah orang Melayu untuk menyatakan sesuatu perkara> Ianya merupakan kata-kata kiasan atau sindiran . Hingga kini ianya masih digunakan oleh masyarakat
a.    maksud peribahasa - masa sangat berharga - guna masa dengan sebaik-baiknya.
b.   masa yang berlalu tidak akan berulang lagi - penuhkan masa dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah - membaca, menolong ibu bapa dan sebagainya.
c.    contoh akibat orang yang membuang masa dengan bermain-main - gagal dalam peperiksaan
d.   banyak kerja dapat dilakukan jika pandai membahagikan masa dengan berfaedah dan betul
Peribahasa ini mengingatkan kita agar selalu menghargai masa.
Soalan 55
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan
Pendahuluan  : sama seperti di atas
a.    maksud peribahasa - kalau seseorang itu mempunyai cita-cita dia akan berusaha untuk mencapainya.
b.   pengertian yang mendalam - cita-cita akan tercapai - usaha yang gigih - mesti berani - cabaran -sebelum menikmati hasil.
c.    misalnya - bercita-cita untuk menjadi seorang doktor - belajar bersungguh-sungguh - jika tidak angan-angan Mat Jenin - usaha itu penting untuk kejayaan.
d.   Ada kalanya sebagai sindiran - menyedarkan orang tanpa menyakitkan hati - orang yang faham akan sedar.
Selain daripada peribahasa ini ada peribahasa lain yang mempunyai makna yang serupa seperti “Hati Hendak Semua Jadi”. “Kalau Hendak Seribu  Daya, Kalau Tak Hendak Seribu Dalih”.
Soalan 56
Mendengar Guruh Dilangit . Air Tempayan Dicurahkan
sama seperti di atas
a.    maksud peribahasa - mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti. Keuntungan yang pasti dilepaskan.
b.   sesuai diamalkan masyarakat - menyuruh kita agar berhati-hati dan berwaspada.
c.    guruh di langit berbunyi tidak bermakna hari akan hujan - sesuatu berita keuntungan harus diselidiki.
d.   contoh yang membawa maksud peribahasa - Pak Seman petani yang berjaya - diajak jual tanah - tertipu.
Menghayati maksud peribahasa dengan baik.
Soalan 57
Tulis satu karangan yang bertajuk “ Sehari Selembar Benang, Lama-lama Menjadi Kain”.
Peribahasa di atas bermaksud jika kita sabar mengerja sesuatu kerja lama-lama ia akan berhasil juga. Peribahasa ini mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa “Sedikit-sedikit Lama-lama Jadi Bukit”.
a.    huraian tentang peribahasa tersebut.
b.   contoh keadaan yang menggambarkan peribahasa
c.    pengajaran yang tersirat daripada peribahasa
walau apa pun yang kita lakukan , jika dibuat dengan sabar, akhirnya akan membuahkan hasil jua. Oleh yang demikian , kita haruslah menanam sikap sabar agar segala pekerjaan yang dilakukan beroleh kejayaan.
Belakang parang diasah lagikan tajam
erti peribahasa - contoh cerita yang berkaitan dengan peribahasa
a)    Rani seorang pelajar yang kurang pintar
b)   rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran
c)    sering bertanya kepada guru sekiranya tidak faham tentang pelajaran yang dipelajari
d)   dalam peperiksaan dia berjaya
penegasan tentang erti peribahasa yang tersebut
“Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembik”
Maksud peribahasa - pandai menyesuaikan diri
a)    pergi ke tempat orang mesti mengikut adat resam penduduk tersebut
b)   contoh - masuk rumah orang melayu mesti buka kasut
c)    demikian juga dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia - perlu saling hormat-menghormati
kata penegasan dari cerita dan contoh di atas
“Seperti katak di bawah tempurung”
Maksud peribahsa - cetek fikiran dan pengalaman hanya tahu keadaan setempat sahaja
a)    perlu sentiasa mengikuti peredaran masa
b)   mesti sentiasa berhubung dengan masyarakat
c)    sentiasa bekerjasama dengan masyarakat
d)   beramah mesra dan sentiasa tolong-menolong antara satu dengan lain
kata penegasan dari contoh-contoh di atas bagi menguatkan lagi makna peribahasa.
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Setinggi - tinggi bangau terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau”.
Tulis satu karang yang bertajuk “ Bagai Aur dengan Tebing”.
59
“Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati”
60
“air dicincang tidak akan putus”
61
“buang yang keruh ambil yang jernih”
62
“berani kerana benar, takut kerana salah”
63
“ukur baju di badan sendiri”
64
“ingat sebelum kena , jimat sebelum habis”
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”

KAMI MEMERLUKAN BANTUAN !

Assalamualaikum w.b.t

Kami memerlukan bahan-bahan untuk bahagian bahasa tamil. Sila hulurkan maklumat, bahan-bahan bacaan bahasa tamil kepada kami. Jasa dan pengorbanan anda nescaya dapat menjayakan lagi blog ini. Sekian. Wassalam.

CONTOH KARANGAN BAHASA INGGERIS

FRIENDS
Friends are people whom we turn to when our spirits need a lift. They are always by our side through thick and thin. They stand beside us even when our disposition is not perfectly right and will fight for us if we are oppressed. Therefore, it is clear that friends play a vital role in shaping who we are today. But what qualities exactly do we need to look for in a friend?
A friend should always be caring towards you. He or she should take interest in your problems no matter how big or petty your problem may be. A friend should be able to sit beside you and encourage you to keep your chin up even when everyone else is against you. A friend’s empathy and lovingness will also replenish your worn-out soul and will make you realize how important a friend really is.
Apart from that, a friend should be an honest person. An honest friend will dissipate any worries that he or she is lying towards you. A friend’s honesty will enable you to trust his or she’s opinion when it comes to telling you the truth about yourself. For example, an honest friend will remand you on your declining grades and will ask you to work harder while a dishonest friend will see it with a blind eye. Therefore, an overall improvement in yourself will be noticeable if you have an honest friend.
Moreover, a friend should be generous both emotionally and knowledge wise. A friend who is generous ought to be able to connect with you and provide emotional support. He or she should also be generous when it comes to sharing knowledge. A true friend must be ever-ready to help you when you are inept in certain subjects. A friend can easily guide you towards understanding the subject matter better as he or she is often on the same page as you. The only difference is that you can’t quite grasp the content of the page per se.
Besides that, a friend must also be able to humour you. Humour plays a quintessential role in making your day more lively and enjoyable. Friends who pull your leg and mess about will indefinitely make life seem so much better. As they say, laughter is the best medicine and a little levity on rainy days is always welcomed.
In conclusion, friends are people we spend most of our time with. Thus, we have to be selective when it comes to choosing our friends. 
(Picked from SPM ENGLISH 1119 by Jenny Ho )  visit    http://spmenglish1119.blogspot.com/2008/10/excellent-model-essays.html