Wednesday, November 3, 2010
cONTOH SOALAN KARANGAN JENIS PERIBAHASA.
Karangan peribahasa
Tuliskan sebuah cerita berdasarkan peribahasa , ‘Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit’.
Kisah seorang budak yang sentiasa berjimat cermat
suka menyimpan wang
i. sejak di bangku sekolah rendah suka menabung sebahagian daripada duit belanja sekolah di dalam tabung di rumah.
ii. di sekolah menengah - membuka akaun simpanan di bank dan teruskan amalan menyimpan
iii. dapat masuk ke universiti - ibu bapa tidak mampu membayar yuran universiti
iv. menggunakan wang simpanan untuk perbelanjaan di universiti - lulus dengan cemerlang
v. mendapat pekerjaan yang baik - jawatan tinggi dengan swasta - masih amalkan tabungan
vi. duit simpanan telah mencapai RM 500,000.00 . Gunakan untuk
n membeli rumah batu
n kenderaan
n hantar ibu bapa menunaikan haji
vii. hidup senang-lenang hasil daripada berjimat-cermat dan amalan menabung
Tegaskan tajuk peribahasa - betul kata orang , ‘Sedikit-sedikit , lama-lama jadi bukit’.
soalan 49
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Hangat-hangat Tahi Ayam”
Amri murid Tahun Enam Mawar - baru bertukar ke Sekolah Kebangsaan Darau
a. merupakan murid yang rajin - berdisiplin - dijadikan murid contoh di dalam kelas - bergaul dengan murid-murid nakal - sikapnya mula berubah.
b. Cikgu Ramlah sedar akan perubahan diari Amri - panggil Amri ke bilik guru
- menasihati Amri - Amri diam - menangis
c. ada peperiksaan - Amri mendapat markah yang rendah
Amri sedar akan kesilapannya - berazam untuk mengubah sikap.
soalan 50
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan kepada peribahasa “Bagai Kacang Melupakan Kulit”
Sani anak yatim piatu -ibu dan ayahnya meninggal dalam kemalangan jalan raya. Pak Awang ambil sebagai anak angkat.
a. Pak Awang orang miskin - rajin bekerja - Sani dapat sekolah - ditanggung oleh Pak Awang - dijaga dengan baik.
b. Sani berjaya - melanjutkan pelajaran ke luar negara - bidang doktor - Pak Awang berasa bangga - berharap dapat bergantung hidup dengan Sani.
c. Sani berjaya menjadi seorang doktor - bergaji besar - tidak pernah pulang menjenguk Pak Awang - segala jasa Pak Awang dilupakan - Pak Awang berasa sedih.
Sikap Sani seperti kacang lupakan kulit. Pak Awang hidup dalam kesusahan.
soalan 51
Tuliskan satu karangan yang bertajuk “ Di mana Ada Kemahuan Di Situ Ada Jalan”
Rahim memberitahu keluarganya tentang niatnya untuk berniaga - ibu bapanya menasihati - banyak risiko.
a. Rahim memulakan perniagaan- membaiki motosikal kawan-kawannya - perniagaan Rahim semakin maju - Rahim membuka bengkel.
b. bengkel Rahim lengkap - Rahim bekerja dengan bersungguh-sungguh
c. Bapa Rahim datang - Rahim mengatakan keinginan untuk belajar membaiki kereta.
Rahim gembira mendapat dorongan daripada ayahnya.
Soalan 52
“ Belakang Parang Sekalipun diasah Akan Tajam Jua ”. Anda diminta membina sebuah karangan berpandukan peribahasa tersebut.
Ahmad sering gagal dalam ujian Matematik - tiga kali dia gagal - Gurunya selalu memarahi Ahmad.
- sejak peristiwa itu - bertekad untuk berjaya
- sikap Ahmad berubah - tidak nakal lagi - tumpukan perhatian - rajin membuat latihan - bertanya sekiranya tidak faham.
b. Kawan-kawan sedar akan perubahan Ahmad - menyindir Ahmad - Ahmad bersabar - dia yakin akan berjaya
c. Peperiksaan bermula - Ahmad menjawab dengan penuh yakin - persediaan yang cukup - tiada masalah untuk menjawab soalan-soalan.
d. keputusan ujian diumumkan - Ahmad tersenyum gembira - Cikgu Mamat menepuk-nepuk bahu Ahmad.
Cikgu Mamat memuji sikap Ahmad - berkata “Belakang Parang Sekalipun Kalau Diasah Akan Tajam jua”.
Soalan 53
Tulis satu karangan yang bertajuk “ Sepandai - pandai Tupai Melompat, sekali Terjatuh Jua”.
Asri - pelajar nakal - tidak disenangi - malas membuat kerja rumah - dia meniru daripada rakan-rakannya.
a. sikap Asri itu tidak disenangi - mereka takut untuk memberitahu guru akan hal itu. Mereka takut akan dipukul oleh Asri.
b. Cikgu Ling memberikan kerja rumah kepada murid-murid kelas itu. Asri leka bermain saja - terlupa akan kerja yang diberi oleh Cikgu Ling.
c. Esoknya - cikgu Ling meminta buku latihan Asri - kerja Asri tidak kemas - Cikgu dapat mengesan bahawa Asri meniru - Asri menafikannya.
d. seorang rakan Asri memberitahu - Asri akhirnya terperangkap - Asri mengaku kesalahannya.
Cikgu Ling menasihati Asri - Asri dibawa berjumpa dengan Guru Besar - Cikgu Ling berkata “Sepandai-pandai Tupai Melompat , Sekali Jatuh Ke Tanah Jua”.
Soalan 54
Masa Itu Emas
Peribahasa ialah satu rangkai kata yang digunakan olah orang Melayu untuk menyatakan sesuatu perkara> Ianya merupakan kata-kata kiasan atau sindiran . Hingga kini ianya masih digunakan oleh masyarakat
a. maksud peribahasa - masa sangat berharga - guna masa dengan sebaik-baiknya.
b. masa yang berlalu tidak akan berulang lagi - penuhkan masa dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah - membaca, menolong ibu bapa dan sebagainya.
c. contoh akibat orang yang membuang masa dengan bermain-main - gagal dalam peperiksaan
d. banyak kerja dapat dilakukan jika pandai membahagikan masa dengan berfaedah dan betul
Peribahasa ini mengingatkan kita agar selalu menghargai masa.
Soalan 55
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan
Pendahuluan : sama seperti di atas
a. maksud peribahasa - kalau seseorang itu mempunyai cita-cita dia akan berusaha untuk mencapainya.
b. pengertian yang mendalam - cita-cita akan tercapai - usaha yang gigih - mesti berani - cabaran -sebelum menikmati hasil.
c. misalnya - bercita-cita untuk menjadi seorang doktor - belajar bersungguh-sungguh - jika tidak angan-angan Mat Jenin - usaha itu penting untuk kejayaan.
d. Ada kalanya sebagai sindiran - menyedarkan orang tanpa menyakitkan hati - orang yang faham akan sedar.
Selain daripada peribahasa ini ada peribahasa lain yang mempunyai makna yang serupa seperti “Hati Hendak Semua Jadi”. “Kalau Hendak Seribu Daya, Kalau Tak Hendak Seribu Dalih”.
Soalan 56
Mendengar Guruh Dilangit . Air Tempayan Dicurahkan
sama seperti di atas
a. maksud peribahasa - mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum pasti. Keuntungan yang pasti dilepaskan.
b. sesuai diamalkan masyarakat - menyuruh kita agar berhati-hati dan berwaspada.
c. guruh di langit berbunyi tidak bermakna hari akan hujan - sesuatu berita keuntungan harus diselidiki.
d. contoh yang membawa maksud peribahasa - Pak Seman petani yang berjaya - diajak jual tanah - tertipu.
Menghayati maksud peribahasa dengan baik.
Soalan 57
Tulis satu karangan yang bertajuk “ Sehari Selembar Benang, Lama-lama Menjadi Kain”.
Peribahasa di atas bermaksud jika kita sabar mengerja sesuatu kerja lama-lama ia akan berhasil juga. Peribahasa ini mempunyai maksud yang sama dengan peribahasa “Sedikit-sedikit Lama-lama Jadi Bukit”.
a. huraian tentang peribahasa tersebut.
b. contoh keadaan yang menggambarkan peribahasa
c. pengajaran yang tersirat daripada peribahasa
walau apa pun yang kita lakukan , jika dibuat dengan sabar, akhirnya akan membuahkan hasil jua. Oleh yang demikian , kita haruslah menanam sikap sabar agar segala pekerjaan yang dilakukan beroleh kejayaan.
Belakang parang diasah lagikan tajam
erti peribahasa - contoh cerita yang berkaitan dengan peribahasa
a) Rani seorang pelajar yang kurang pintar
b) rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran
c) sering bertanya kepada guru sekiranya tidak faham tentang pelajaran yang dipelajari
d) dalam peperiksaan dia berjaya
penegasan tentang erti peribahasa yang tersebut
“Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang kambing mengembik”
Maksud peribahasa - pandai menyesuaikan diri
a) pergi ke tempat orang mesti mengikut adat resam penduduk tersebut
b) contoh - masuk rumah orang melayu mesti buka kasut
c) demikian juga dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia - perlu saling hormat-menghormati
kata penegasan dari cerita dan contoh di atas
“Seperti katak di bawah tempurung”
Maksud peribahsa - cetek fikiran dan pengalaman hanya tahu keadaan setempat sahaja
a) perlu sentiasa mengikuti peredaran masa
b) mesti sentiasa berhubung dengan masyarakat
c) sentiasa bekerjasama dengan masyarakat
d) beramah mesra dan sentiasa tolong-menolong antara satu dengan lain
kata penegasan dari contoh-contoh di atas bagi menguatkan lagi makna peribahasa.
Tuliskan sebuah karangan berdasarkan peribahasa “Setinggi - tinggi bangau terbang akhirnya hinggap di belakang kerbau”.
Tulis satu karang yang bertajuk “ Bagai Aur dengan Tebing”.
59
“Hutang emas dapat dibayar, hutang budi dibawa mati”
60
“air dicincang tidak akan putus”
61
“buang yang keruh ambil yang jernih”
62
“berani kerana benar, takut kerana salah”
63
“ukur baju di badan sendiri”
64
“ingat sebelum kena , jimat sebelum habis”
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment