Wednesday, November 3, 2010

Isu H1N1

Influenza A (H1N1) di Malaysia atau wabak selesema babi 2009 bermula pada Mei - Jun 2009. Sehingga 21 Jun 2009, terdapat 50 kes di Malaysia. Sampel klinikal dihantar untuk Ujian makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sebelum ini Malaysia dikejutkan dengan kes Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada babi, demam Coxsackie dan penyakit SARS.
Berikutan daripada wabak selesema babi yang berlaku di Mexico bermula pada Mei 2009, kerajaan Malaysia mula mengambil langkah kawalan untuk mencegah wabak ini daripada menular.

Istilah

Pada 25 Jun 2009, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan influenza A (H1N1) (1 % ) tidaklah berbahaya berbanding dengan wabak selesema burung (avian influenza) (60 %). Beliau menggesa media khususnya televisyen tidak menggunakan istilah selesema babi. Lagipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf istilah Influenza A (H1N1). Stesen RTM1 dan TV3 beralih semula menggunakan istilah mudah difahami iaitu 'selesema babi' dan memang berpunca daripada babi di Mexico, Australia dan Amerika Syarikat. Istilah 'selesema babi' bukan bertujuan menghina sesiapa.
Semua jenis virus tidak ada ubat . Virus ini tiada 'persenyawaan' sebaliknya berkembang melalui 'pemecahan satu kepada dua' apabila hinggap pada perumah seperti manusia. Industri ternakan babi bimbang saham dan jualan ternakan akan merosot jika istilah selesema babi digunakan.[2]

[sunting] Kematian

Sehingga 2 Ogos 2009, 5 orang disahkan mati di Malaysia akibat selesema babi ini.
  1. 21 Julai 2009: Seorang pelajar lelaki tahun pertama warga Indonesia berusia 30 tahun dijangkiti Influenza A (H1N1) telah meninggal dunia.[3]
  2. 24 Julai 2009 : seorang rakyat Indonesia (46 tahun) mati kerana degupan jantung tidak terkawal dan berkait dengan H1N1 .Dia mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan dengan kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari mendapat rawatan di unit rawatan rapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.[4]
  3. 27 Julai 2009: Wanita 20 tahun bekerja sebagai pembantu kedai di Melaka meninggal dunia di Hospital Melaka disebabkan oleh pneumonia teruk . Dia mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru.
  4. 31 Julai 2009 : Kanak-kanak perempuan (10 tahun) di Klinik Kesihatan Bagan Serai, Bagan Serai, Perak.Mangsa sesak nafas, deman dengan suhu 39 darjah Celcius dan cyanosis.Tiba-tiba tidak sedar sebelum meninggal dunia 30 minit kemudian.[5]Bedah siasat dilakukan di Hospital Alor Setar.
  5. 3 Ogos 2009 : Seorang ibu muda berusia 24 tahun meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1) meninggal dunia di Miri,Sarawak selepas dua minggu melahirkan anak sulungnya.
Ia menjadi kes pertama korban H1N1 di Sarawak dan ketujuh di seluruh negara setakat ini. Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), r David KL Quek melaporkan anggaran 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati akibat selesema A (H1N1) jika 20 % daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. Kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 % kepada 0.66 %.[6]

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), r David KL Quek melaporkan anggaran 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati akibat selesema A (H1N1) jika 20 % daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus tersebut. Kadar kematian di seluruh dunia meningkat daripada 0.4 % kepada 0.66 %.[7]
Sehingga Ogos 9, 2009, 26 kes kematian telah dicatatkan dan kesemua kes ini melibatkan warganegara Malaysia.
  • 11 OGOS 2009,KES KEMATIAN YANG DICATATKAN DI mALAYSIA ADALAH 32 ORANG
DIHARAP SEMUA RAKYAT MALAYSIA MENGAMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA

[sunting] Langkah kawalan

Kerajaan Malaysia telah mula menyimpan simpanan lebih 2 juta dos ubat antivirus selesema Tamiflu sebagai langkah berjaga-jaga
Pesakit yang mengalami masalah asma, kegagalan organ, wanita hamil, diabetes dan penyakit kronik paru-paru mudah dijangkiti selesema babi ini.Kes ringan atau tanpa komplikasi akan dirawat sebagai pesakit luar dan dibenar tinggal di rumah.Setakat ini belum ada vaksin bagi H1N1 dan ia hanya akan dihasilkan pada sekitar hujung 2009.[8]
21 hospital swasta telah diberi bekalan antiviral influenza untuk digunakan bagi merawat pesakit-pesakit influenza A (H1N1) atau yang disyaki.Rawatan antiviral influenza diberikan dengan dos diganda.Jadi hospital swasta tidak perlu merujuk pesakit kepada hospital kerajaan. [9]
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pelancong dikehendaki mengisi borang mandatori. Mereka yang engkar boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun atau didenda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Ia akan diwartakan di bawah Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit-Penyakit Berjangkit 1988.Borang pengisytiharan itu memerlukan orang ramai mencatatkan nombor tempat duduk dan nombor penerbangan bagi memudahkan mereka dikesan.Pemeriksaan suhu badan ke atas penumpang dari Amerika Syarikat (AS), Melbourne dan Manila kerana mempunyai penularan wabak influenza yang tinggi dan berisiko bagi Malaysia. Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dimaklumkan kerana kini pada tahap 6 WHO.[10]
Orang ramai dilarang pergi ke tempat-tempat yang sesak dan ramai orang serta negara-negara yang berisiko tinggi dengan jangkitan H1N1.
Saringan dijalankan di di tiga pintu masuk darat utama di negara ini iaitu Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.Jumlah disaring ialah 15,483 orang sehingga 22 Mei 2009.[11]

[sunting] Wad pengasingan

Kementerian Kesihatan menyediakan wad pengasingan di beberapa hospital. Petugas akan mengambil calitan tekak untuk ujian makmal. Wad pengasingan disediakan di:[12]

[sunting] Ladang babi

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Datuk Mohd Johari Baharom berkata 529 ladang berdaftar serta 93 ladang tradisional diperiksa. Setakat ini semua ladang babi bebas daripada jangkitan wabak Influenza A (H1N1). Terdapat 700 ladang babi di seluruh Malaysia. Sebanyak 13,076 sampel (calitan hidung) dan 8,932 sampel darah babi diambil dari ladang-ladang babi berdaftar yang diperiksa, manakala 339 sampel darah dan 435 sampel (calitan hidung) pula diambil dari ternakan ladang tradisional. Permit import daging babi dari negara China, Eropah, Australia dan Vietnam akan ditarik balik jika perlu.[13]

[sunting] Pesawat dari luar negara

  • Semua penumpang pesawat MH091 yang mendarat di KLIA pada pukul 7.15 pagi 3 Jun 2009.
  • Semua penumpang pesawat AK702 yang mendarat di LCCT pada pukul 1 tengah hari 3 Jun
  • Semua penumpang pesawat AirAsia X D7 2723 yang mendarat di LCCT, Sepang pada pukul 7 pagi 5 Jun 2009
  • Semua penumpang pesawat AK 5358 .Seramai 33 penumpang dan empat krew penerbangan telah dikesan
Penumpang pesawat di atas diarahkan menghubungi talian 03-88810200 atau 03-88810300. [14]

[sunting] Sekolah ditutup

Prosedur Kementerian Kesihatan menetapkan sesuatu tempat yang mempunyai simptom influenza A(H1N1) akan diarah tutup sekiranya 5 % daripada jumlah keseluruhan penghuninya didapati mengalami demam sehingga mencecah 38 darjah Celcius.
Antara sekolah yang diarah tutup seminggu ialah :
  1. SRJK(C) Jalan Davidson, Jalan Pudu, Kuala Lumpur ditutup dari 19-26 Jun 2009
  2. SRK Assunta 2, Petaling Jaya, telah ditutup 22-26 Jun 2009.
  3. Seri Cempaka International School,* Batu 9 Cheras, Selangor - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun
  4. SMK Seksyen 9 Shah Alam - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun
  5. SMK Damansara Utama, Petaling Jaya - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun
  6. SMK Wangsa Maju, Kuala Lumpur - 1 kelas ditutup mulai 22 Jun[15]
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jengka, Maran
  8. Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART), Kuantan
  9. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub
  10. Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis
  11. Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir
  12. Sekolah Agama Al-Iqwan, Teluk Kumbar
  13. Maktab Perguruan Tuanku Bainun di Pulau Pinang
  14. Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Beranang, Selangor
  15. Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor
  16. Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang, Selangor
  17. Sekolah Kebangsaan Stella Marris Tanjung Aru
  18. Sekolah Menengah (SM) Agama Kota Kinabalu 1
  19. Sekolah Kebangsaan St. Agnes
  20. Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Shan Tao
  21. Sekolah Menengah Bandaraya
  22. SM Agama Kota Kinabalu
  23. SM Sains Lahad Datu
  24. SM Sains Kota Kinabalu
  25. Sekolah Menengah Teknik Lahad Datu
  26. Sekolah Rendah Tebobon Kota Kinabalu.
  27. Sekolah Menengah Sains Matang, Kuching, Sarawak
  28. Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya
  29. Sekolah Menengah Kebangsaan Seafield , Subang Jaya - ILI[16]
  30. Sekolah Menengah Kebangsaan Subang, Kg Melayu Subang (3/8/2009-7/8/2009)

[sunting] Kem PLKN yang ditutup

Terdapat 83 buah kem PLKN di seluruh Malaysia. Kem PLKN yang ditutup ialah :
  1. Kem PLKN Bina Semangat YPJ di Mersing, Johor
  2. Kem PLKN Tangkas Kendiri, Kuala Kangsar, Perak
  3. Kem PLKN Sri Impian, Pulau Pinang
  4. Kem PLKN Merang Suria, Merang, Terengganu
  5. Kem PLKN Lagenda Gunung Ledang, Asahan, Melaka.
  6. Kem PLKN Syruz, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  7. Kem PLKN Rachado Bay, Port Dickson, Negeri Sembilan
  8. Kem PLKN Jiwa Murni, Semanggol, Perak
  9. Kem PLKN Peladang, Setiu, Terengganu
  10. Kem PLKN Geo Kosmo, Kuala Kubu Bharu, Selangor
  11. Kem PLKN Hutan Rekreasi Ayer Keroh,Ayer Keroh, Melaka.[17]

[sunting] IPT

  1. Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka (IPPMM)
  2. Kolej Yayasan Melaka
  3. Kolej Profesional Mara
  4. Sekolah Kejururawatan Nilam
  5. Univervisiti Teknologi Mara kampus Lendu
  6. Politeknik Kota, Melaka Tengah, Melaka - luster 'influenza-like illness' (ILI)
  7. Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar, dikuarantin di Pusat Kesihatan Bandar Alor Setar seminggu.[18]

[sunting] Kuarantin dan sekatan keluar negara

Pada 24 Jun 2009,Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah mengeluarkan arahan melarang warga dan pelajarnya keluar negara. Jika tidak ada kemungkinan 100,000 pelajar UiTM di seluruh negara dijangkiti wabak dan kampus terpaksa ditutup sehingga menjejaskan pembelajaran pelajar.[19]
Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Ghauth Jasmon mengarahkan semua pelajar semester 1 bagi sesi pengajian tahun 2009/2010 mengisi Borang Deklarasi Kesihatan. Klinik Kesihatan Pelajar dan Pusat Perubatan Universiti Malaya akan memantau kesihatan pelajar terutama pelajar asing dari Amerika Syarikat, Kanada, Filipina, Australia, Mexico, New Zealand, Singapura dan Thailand. Jika perlu, mereka akan dikuarantin di Rumah Antarabangsa, Rumah Kediaman Kakitangan Universiti Malaya dan Kolej Kediaman ke-11.[20]
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan kaedah kuarantin dan sekatan perjalanan ke luar negara menepati maqasid syariah (objektif-objektif syariah). Islam memperkenalkan kaedah samak 7 kali dengan air tanah dan kuarantin terhadap penyakit babi dan kusta. [21]

[sunting] Nasihat perjalanan ke negara yang terjejas teruk oleh H1N1

  • Adakah anda perlu keluar negara?
  • Sebelum berjalan ke negara yang terjejas, ketahui mengenai risiko dan langkah mengelaknya. Beritahu mengenainya kepada mereka yang menyertai anda (anak-anak dan pasangan anda).
  • Pastikan insuran perubatan anda adalah terkini dan sah dan ketahui bagaimana menggunakannya. Anda perlu tahu cara mendapatkan bantuan kesihatan semasa perjalanan anda.
  • Anda patut mendapatkan nasihat kesihatan dan cara mengelak dan maklumat terkini dari Badan Kesihatan Sedunia ("World Health Organization - WHO").
  • Sekiranya anda tidak sihat, tangguh perjalanan antarabangsa anda.
  • Semasa mengembara di negara yang terjejas, elak daripada berada di kawasan ramai orang sekiranya tidak perlu.
  • Sentiasa amalkan teknik membasuh tangan secara kerap dan teliti.
  • Makan hanya makanan yang di masak dengan sempurna.
  • Setelah kembali perhatikan kesihatan anda salama 10 hari bagi sebarang symptom sebrlaku seperti demam, batuk, sakit kepala, dan sakit pada bahagian otot.
  • Bagi mereka yang menunjukkan simptom di atas selepas mengembara keluar negara, dapatkan rawatan perubatan dengan segera.
  • Dapatkan maklumat yang berkaitan dengan keadaan di negara tujuan sebanyak mungkin. (Pengumuman mengenai perkembangan terbaru penyakit)

[sunting] Senarai kes di Malaysia

  • 14 kontak kepada kes ketiga, 46 kontak kes keempat dan kelima, 26 kontak kes keenam dan 93 kontak kes ketujuh.
  • Kes 1: Pelajar lelaki berusia 21 tahun berasal dari Lembah Klang dirawat di Hospital Sungai Buloh.Ujian x-ray menunjukkan keputusan normal. Keluarganya yang dikuarantin juga berada dalam keadaan sihat. Pelajar itu baru pulang dari Amerika Syarikat pada 13 Mei 2009.Semasa saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tiada sebarang tanda H1N1. dia diberi rawatan antiviral.
  • Kes 2: dirawat di Hospital Pulau Pinang. Pesakit itu tidak lagi demam dan anggota keluarganya juga sihat. Pelajar perempuan merupakan rakan kes 1.
  • Kes 3 :pelajar Malaysia yang pulang bercuti dari Amerika Syarikat pada Isnin 1 Jun. Sekarang ini musim cuti pelajar dari Amerika Syarikat dan ramai lagi yang akan balik.
  • Kes 4 dan 5: Dua rakyat Jerman berusia 30 dan 32 tahun yang sedang bercuti di Asia Tenggara.[22]
  • Kes 6: pelajar Malaysia menetap di New York (28 tahun) menaiki Penerbangan Malaysia MH091 dari New York dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7 pagi Rabu 3 Jun 2009. dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur.
  • Kes 28: Pelajar perempuan rakyat Malaysia berusia 20 tahun, menaiki penerbangan MH 091 (tempat duduk 55H) dari Chicago dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 7.30 pagi, 15 Jun 2009.
  • Kes 29 : Pelajar perempuan berusia 11 tahun, warganegara Thailand menaiki penerbangan MH 785 (tempat duduk 30E) bersama 43 orang yang lain, bagi perlawanan persahabatan sukan.
  • Kes 30 : Wanita berusia 50 tahun, warganegara Australia datang ke Malaysia untuk bercuti menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 10G) dari Melbourne.
  • Kes 31 : Wanita rakyat Malaysia berusia 58 tahun yang juga menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 22B) dari Australia bersama 11 ahli keluarga yang tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) pada pukul 7 pagi, 16 Jun .Nenek kepada kes 36.
  • Kes 32 : Wanita rakyat Malaysia berusia 30 tahun, bekerja di London sejak 2008 pulang ke tanah air menaiki penerbangan MH001 (tempat duduk 62D) tiba di KLIA pada pukul 5.30 petang, 15 Jun
  • Kes 33 : Perempuan berusia 15 tahun berada di Melbourne, Australia dari 27 Mei hingga 15 Jun lalu menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada pukul 7 pagi.
  • Kes 34 : Suri rumah warga Filipina berusia 30 tahun menaiki pesawat MH 705 (tempat duduk 20A) dari daerah Naguilian Quecun, Filipina pulang ke Malaysia pada 14 Jun, pukul 8 malam.
  • Kes 35 : lelaki berusia 20 tahun mengikuti pengajian di Universiti Melbourne, Australia pulang ke Malaysia menaiki penerbangan Air Asia X D7 2723 (tempat duduk 43H) dan tiba di LCCT pada 15 Jun, pukul 7.15 pagi[23]
  • Kes 36: 1 pelajar kelas 5(1) di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) Jalan Davidson dijangkiti H1N1 . Sekolah diarahkan bercuti dari 19 - 26 Jun 2009. Pelajar itu bersama 11 ahli keluarga menaiki pesawat AirAsia XD7 2723 .
  • Kes 37: warga Malaysia lelaki berusia 22 tahun yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
  • Kes 38: pelajar berusia 14 tahun yang pulang dari Melbourne dengan penerbangan Air Asia D7 2723 pada jam 7.30 pagi 14 Jun.
  • Kes 39: seorang wanita berusia 27 tahun, rakyat Malaysia yang bertugas sebagai pramugari dengan Syarikat Penerbangan Singapura.
  • Kes 40: seorang wanita berusia 40 tahun yang bekerja sebagai ejen farmasi, yang pulang dari Melbourne dengan pesawat Air Asia D7 2723 pada jam 7.30f pagi 17 Jun.
  • Kes 41: pelajar wanita berusia 19 tahun yang pulang bersama 11 anggota keluarganya dengan pesawat Air Asia X D7 2723 yang tiba di LCCT pada jam 7.30 pagi 16 Jun.
  • Kes 42: pelajar lelaki berusia 17 tahun yang pulang dari Melbourne dengan pesawat yang sama.[24]
  • Kes 43: pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Seksyen 9 Shah Alam
  • Kes 44: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Melbourne
  • Kes 45: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Melbourne
  • Kes 46: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Amerika Syarikat
  • Kes 47: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Amerika Syarikat
  • Kes 48: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Toronto Kanada
  • Kes 49: Rakyat Malaysia balik dari lawatan ke Thailand[25]
Sehingga Ogos 9, 2009, 1780 kes H1N1 telah dicatatkan yang terdiri daripada 574 kes-kes import dan 1206 kes-kes tempatan

1 komen:

langfordjacobowitz said...

TOTO: TOTO | T-MAX: SIA's Titanium - iTanium-Arts
TOTO is an titanium band ring innovative and authentic mens titanium earrings and titanium guitar chords unique product that provides an extraordinary titanium eyeglass frames experience for the entire world. titanium alloy In addition to a design element, TOTO is $39.00 · ‎In stock

Post a Comment